Saturday, December 14, 2013

Kawan Saya Yang Penyabar

Dia sangat penyabar,.. Aku kagum sungguh,.. Entry kali nie aku x ada rasa nak improve english, cuma aku rasa nak tingkatkan kemahiran insaniah dalam diri... Belajar sesuatu dari kesusahan orang lain.. Dulu masa belum matang lagi aku selalu ingat yang aku lah manusia yang paling susah... Tapi, bila sekarang nie aku ingat balik pemikiran aku waktu dulu rasa nak debush2 je diri sendiri,.. Kalau kita rasa kita susah ada lagi hamba Allah yang lagi susah sebenarnya..

Sebagai contoh, aku masih punyai ayah dan mak lagi sedangkan ada insan lain yang dah tak ada tempat bergantung. Tambahan lagi, masalah yang mereka hadapi bertimpa-timpa sedangkan aku cuma setakat itu aje. Tak ada pun bertimpa-timpa macam hamba Allah yang tadi. wats the mengarut i am????

Kawan saya yang penyabar...
Dia baru sahaja kehilangan satu-satunya adik lelaki.. Dan keluarga beliau sangat bersedih hati atas pemergian mengejut adiknya. eeii, sapa x sedih adik-beradik kita sendiri meninggal. Kalau aku pun memang amik masa yang panjang jugak nak terima apa yang jadi.

Kawan saya yang penyabar...
Sungguh aku respect tahap sabarmu... Masih aku ingat aktu kelas Bahasa Inggeris dia tergesa-gesa keluar kelas sebab menjawab panggilan telefon yang bagi aku pada waktu itu agak penting... Rupanya bukan agak penting, tapi sangat/memang penting... Dia melangkah masuk dalam kelas semula dengan menangis... Lecturer pun terkejut!! "Ayah aku dah meninggal"... laillahaillAllah.. berita apakah ini... Dia menangis dan aku mampu melihat tanpa bersuara. Aku faham tapi aku x mampu nak buat apa.. Lantas waktu itu kawan aku yang lagi sorang memang dalam proses nak ke Kuantan dan tolong hantarkan kawan aku yang penyabar nie tadi ke Bus stand terdekat untuk dia pulang bagi melihat jenzah terakhir ayahnya...

Kawan saya yang penyabar...
Stop pada cerita dia atas tentang berita ayahnya meninggal... Aku tahu tuhan sedang uji kamu dan ahli keluarga kamu.... Tuhan, tolong sabarkan hati dia... Selepas habis di semester 2  kami pun cuti semester, tiba pulak waktu cuti semester tu memang time raya... So aku pun memang tak amik port langsung pasai depa yang short sem,.. Sebab aku x melibatkan diri ngan short sem,.. nak duk bawah ketiak mok,..Tetibe malam tu ada kawan aku mesej lagi  yang berbunyi begini "kau tahu x yang (kawan aku yang penyabar) tadi dia excident!!!???" dalam hati aku... Ya Allah, ujian apa lagi nie???? Subhanalllah.... Maafkan aku Allah... Rupanya dia berlanggar dengan kereta dan telah menyebabkan tulang peha dia patah... dia dan ibu dia sahaja yang ada pada waktu itu... dia masuk lewat sebulan dari kami yang biasa,.. atas sebab kaki dia x sihat lagi,.. bertongkat lah dia datang ke kelas... Penyabar nye kawan aku...

Kawan saya yang penyabar...
ok, sekarang dia da semakin stabil dan tenang... dapat nampak dari raut wajah dia,.. mungkin dia cuba untuk lupakan apa yang dah berlaku... takpe, Tuhan bersama kamu... Tuhan sayang kamu, sebab tu dia bagi ujian sebegini... Kuatkan hati kamu,..

Kawan saya yang penyabar...
Berlalu lah separuh satu semester kami di semester tiga. Hari last kami attend kelas kayak, aku dan kawan aku yang penyabar tu n lagi sorang kawan yang perasan comel pun menghadirkan diri untuk ke kelas terakhir kami. Dalam mendengar dan memerhatikan kawan-kawan sekeliling. Tiba-tiba kawan aku yang penyabar tadi mendapat panggilan telefon dan dia mengambil langkah lima ratus sahaja keluar dari kelas untuk menjaab telefon. Ini mengingatkan aku kembali pada Kelas BI hai tu!!! dalam hati aku... Ya Allah, jauhkanlah kawan aku dari rasa kesedihan... Selepas menjawab telefon dia pun masuk ke kelas dan menangis... Ya Allah, ujian apakah ini??? Apa lagi yang menimpa  aku yang penyabar ini... Selepas dia reda baru dia ceritakan.. Rupanya maksu dia tuntut harta pusaka peninggalan arwah ayah dia... sekali lagi, dia menangis...

Kawan saya yang penyabar...
kat sini banyak kali saya sebut dan saya ulang... "kawan saya yang penyabar" dalam masa yang sama saya berdoa supaya awak sabar dan kuat... saya tahu awak kuat dan saya belajar dari awak sifat sabar itu...

Amin....

Tuhan bagi ujian sesuai dengan kesanggupan hambaNya...


Semoga aku bersabar...

No comments:

Post a Comment