Sunday, October 19, 2014

Resepi Spagheti Mudah & Senang


Teringin pula nak makan spagheti.. terliur... balik nie konfem nak buat kat rumah pasal sekarang mid sem break.. tak tahu la kenapa tekak nie kalau rasa nak makan sesuatu mmg aku akan mencari dan cuba dapatkan. Paling sedap spagheti di Pizza Hut, suke sangat. tapi standard la, kalau tengah kaya memang aku g je trus. Kalau tengah bersederhana macam sekarang nie di tambah pula dengan sifat rajin yang ada dalam diri aku akan masak la.. hahahaha..

Pemalas tak hingat.

Sedikit note utk diri sendiri.. tapi, nie selera aku le..huhu.. 





Bahan-bahan:
  • 1 paket spagheti
  • 1 tin Prego traditional
  • 1 labu bawang india
  • 1 paket daging/ayam cincang
  • 4-5 batang sosej
  • 4-5 ulas bawang putih
  • Cendawan butang
  • 1 biji tomato
  • Minyak masak dan air
  • Cili kecil/potong kecil
Cara-cara memasak

  • Rebus spagheti dan toskan
  • Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih.
  • Masukkan daging/ayam cincang. Goreng sedikit garing.
  • Masukkan sos prego dan air secukupnya beserta cili.
  • Tengok kecairan kuah yang korang minat boleh di tambah air sedikiit.
  • Masukkan kesemua baha-bahan lain.
  • Kalau rasa da okey boleh je angkat dan hidang.
Simple kan, tapi ikut kerajinan masing-masing juga. Kalau rajin jugak mesti ada tambahan optional seperti tomato puri, lada hitam, kentang. Terpualang pada diri individu tersebut. lagi bnyak lagi sedap. kalau ade kos lebih baik pegi Pizza Hut aje, lagi bnyak options..kehkehkeh..


KISAH PAKU & DINDING.

Al kisah.,

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pemuda ini terlalu mengikut nafsu amarahnya terutamanya ketika bersama sahabat-sahabatnya. Dia langsung tidak memikir untuk menjaga perasaan sahabat-sahabatnya. 

Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. “Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda tersebut. “Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. 

Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.

 Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata “Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu terhadap seseorang ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. 

Kadang kala anakku, kau merasakan sikapmu itu wajar dengan kemarahan yang sedang kau tanggung terhadap insan disekelilingmu, tetapi tanpa kau sedar kau telah meninggalkan luka yang sangat dalam dihati mereka yang mungkin terlalu menyayangimu...

Something Wrong

Assalamualaikum,..

Just like layman said that all of our fate including to find our pair and death is at God hand.. Tapi, jodoh dan pertemuan kite yg buat pilihan tu.. 

Maybe, Istikharah is the gud ways to make the decision. But, terasa diri ini sangat tak layak lagi.. 

Kenapa ye?? susah nak buat keputusan dalam situasi yang sulit? sebab tu kite perlukan masa untuk berfikir baik dan buruk dengan keputusan yang akan kite buat,.. Ahhh, kau... cakap nak hebat,.. buatnye punyelah susah.. hahaha

That the point is jangan buat keputusan ketika marah. Sebab banyak hati yang terluke. Banyak masa lagi nak buat benda yang berfaedah dari fikir benda yang x berfaedah,.. i just read some words from Dr. Muaha 'Manusia  bermasalah suka fokus masalah' tapi 'Manusia tidak bermasalah akan fokus kepada penyelesaian' 

LIHAT DIMANA FOKUS KITA, BAHASA YANG DIGUNAKAN DAN BERITA APA YANG KITA GEMAR BACA DAN DENGAR,

*terasa tak kena dengan diri ini malam nie..
*lupuslah perasaan resah hati..

Amin

Saturday, October 18, 2014

Praktikal vs Pekerjaan

Assalamualaikum hati,..

Ya Ampun, susah sangat nak apply tempat praktikal pada masa yang sama nak fikir dengan asigment lagi,.. recent test lagi,.. poning2... kehkeh...

Tahu tak, nie baru intership oiiit,.. bukan keje lagi,.. i thought kalau keje lagi la nak meroyan.. lagi plak jumpe kawan-kawan yang dah memang keje lama. pakai spm je da pakai kete besau,.. kau hade????

ape pun im proud to seeing my friend yang da pakai kete and beli rumah.. im just 23 years old. ade yang beli rumah da kot. hebat2..

tengok kawan yang keje gune spm pun da pakai kete, tengok kawan/cousin yang ade cite2 tinggi nak smbung master pun ade,.. aku je yang kat tengah2,.. tak tahu ape nak buat after all these semester dismiss.

Harapkan nak SPA memang jauh sekali la.. x pernah dapat offer.. paling sakit hati tu nak update news pun lupe pasword. lupe pasword xpe lagi bile nak renew registration tu ade plak yang unable to access this page... memang hilang mood gua..

Aku bukan xde perancangan masa depan, ade aku nak sangat capai semua tu. but, i dont know what way..

Supposedly, aku da dapat offer dari tabung haji.. at the same time, still waiting for Bank Rakyat. susa jugak no feedback,.. huhu,.. but, may be next month i will contact the centre to make the confirmation.


Saturday, July 5, 2014

Indahnya Sabar

Sabar, tak semudah kata-kata. Secara subjektif adalah perkataan pendek yang biasa namun dari segi istilah mempunyai segunung maksud. Bombastik sangat ayat haku. huhu.

Bukan mudah nak jadi seorang yang penyabar. Haruslah mempunyai kekuatan fizikal, mental dan spiritual. Contoh yang paling jauh adalah bukan orang seperti aku agaknya. Kalau marah aku diam, tapi susah la nak diam saja face impression tu mesti wujud. I hate You. Boleh tak kalau marah jangan nak buat muka ida. Sebab perkara yang kau buat tu membuatkan hati banyak orang terasa.

Sabar........
Banyak hikmah kalau kita sabar. Argggh, mesti orang ramai akan cakap ' Kau cakap senang la, tapi yang nak menghadapinya aku'. Owhhh, macam kau sorang la yang ada masalah paling teruk kat dunia alam maya nie. Kau sorang la yang paling susah dalam dunia nie. Tak pernah pulak aku nampak kau merempat cari sedekah nak hidup. Hambik kau, bahasa.. Biarkan!!!

Banyak sangat hikmah menjadi orang yang sabar nie. Terlalu banyak. Cuma ingat, Janji Allah itu Pasti bagi orang yang Sabar. InshaAllah.

Aku jugak nak ingatkan diri ini supaya jangan beremosi dalam membuat keputusan. Orang yang sabar sahaja akan berjaya melaksanakannya.

Terima Kasih.



Thursday, July 3, 2014

Short Semester

Pejam celik pejam celik, i'm entering short semester dah. After raya, habis and then masuk semester 5. Huarghhhh!!! how old I am. hihihi. Pernah dengar, Umur x menjanjikan apa-apa, yang penting perubahan yang ada pada diri.

 For sure, changes to better improvement. Alhamdulillah, dengan keizinan daripadaNya dapat meneruskan pengajian di Unisza yang tercinta. huhu, deep sangat kan. Hujung tahun nie da kena p praktikal dekat tempat pillihan hati masing-masing, tu pun kalau tempat pilihan and pujaan hati dapat terima la. Kalau tidak kene la pi tempat yang paksa rela. Mintak-mintak la dapat dekat tempat pujaan hati.

Bila fikir banyak-banyak pasal benda yang uncertainty nie lagi semak kepala. so, Im stop thinking about that. Full stop. Dont remember. Pujuk hati, Allah bagi yang terbaik. InshaAllah.

Dilemma ku, bukan dilemma mu. puiih!!!

So, kebetulan dapat cuti awal dua minggu before raya, heaven sangat kan. Amik kau, dalam hati jenuh la nak mengemas rumah.. hihik, kata nak jadi anak yang solehah, Tapi, Mengeluh. Astaghfirullah. Actually, dalam kepala aku nie da ada bunyi ting2, macam mentol tu. Yang timbul bila ada idea. hehehe, Cadangnya nak buat kuih raya. InshaAllah. Tapi, kuih apa masih belum decide lagi. Ingat nak cari side income.

Apa yang aku nak tulis rasa macam tak sampai,. jadi dengan berat hati sampai sini je lah.
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak:).


Saturday, May 10, 2014

Bukit Besar

There is long time I am not writing in this blog. Recently, my dearest friend was created the blog too. Haha,.. long time ago if I am not false, I suggested them to create the blog. It might be they are not enhancing to doing so on that time. But, its ok la,.. It’s better than nothing right???

Ok.. Today I am feel wonderful and have the highest commitment to update this blog.. haha, See, not the contradict words than commitment. It is the familiar word to me and my team work for doing assignment. Huh,

Actually, this week is last week for me to entering the lecture class and next week is study week. Ooowwwhhhh, as usual feeling nervous weeehhh.

But, whatever it is me and friends were going to the Bukit Besar, Kuala Terengganu to release our tension. Seriously, It is so peaceful and freshness place.

This is from the top of Bukit Besar view
Second highest what we called R&R. hehehe...

Me at the top Bukit Besar, but the scenery was blocked by the trees and grasses. Never mind, we must grateful with the natural sources that we received. Alhamdulillah..



 After that, I will put the several pictures at the Bukit Besar.


Depa Selfie, coz i yang snap...



Kak yana was blocked me, it is the common matter :P haha



This is the craziest things i do...hahaha, Jumping with Mas, and my leg was blocked Muliati... this is wrong position but I cant do anything,... huhu


Alhamdulillah... thats alll.....



Friday, May 9, 2014

Findings

It feels like useless when someone was ignored you.
I felt like that,
tambah2 sekarang busy dengan assignment,
yang menyesakkan dada dan halwa telinga,
Owwhhh, sedap sangat kalau duduk kat rumah.
Ikut hati mahu balik,
Nak balik sangat...

Rindu...

Nak peluk mak..

Nak nangis puas2,..

Dalam hati,... sabar, x lama lagi habis la belajar...

Memang,..

Thursday, April 3, 2014

Real World

Salam Hati..

Silent is better than speak. The more we speak, the more we had make sins.
Actually, there is no relationship between what I wanna write and the silent mode.. huhu,
Supposed to be nice intro...

Actually, this week is my mid term break. How's my feel like 360 degree of excited. hahaha,.
Ya Allah, only Allah knows my busiest time before holiday was started.. I have no time for my self. This holiday is MINE!!!!!!!

Assignment, Test,and a lot of things i put inside for a while.. Spent quality time with families and friends are better at this time....

what I always remind for my self.. Put Allah at everything that i do...
Amin...

May I will be a usage person to community, country and Islam..
Amin

Be a good person to mother and father,
Be a good person to my career,
Be a good person to my husband (?????? Future husband)
Be a good person to my future children...
Amin ya Rabbal Alamin....

Sunday, March 23, 2014

Ucapan dari Pensyarah (pemenang Anugerah Thesis Terbaik Kebangsaan)

I have a lecturer and he teach me in Islamic Management Credit. His name is Dr. Azrin. He looks knowledgeable and calm. Every words he said to all students in his class very nice and supportive. Im adore  his character. One day, he tell us a story that he get an awards from some places*im forget, but what i have confirm is he gets the National Best Thesis Winner. I am very excited, and he tell us that he give a talk when the awards mentioned, he has not be prepared for any talk, but he messaged us to find Fitri's Facebook (staff on TV3) to know further what his advice to audience but he doesn't do. And, alhamdulillah,.. finally, I found his advice. Subhanallah. 

Ucapan seorang pensyarah (pemenang anugerah ) yg tak sempat dihabiskan kerana terlalu sebak. Seluruh dewan terdiam. Saya tuliskan teksnya: 

5 Resepi kejayaan dalam pengajian doktor falsafah:

Pertama, dalam apa jua hal yang berlaku, saya menggantungkan seluruh nasib saya kepada Allah. Misalnya, tatkala saya bertembung dengan apa jua kesukaran pengajian, hal pertama yang saya lakukan adalah solat sunat taubat dan solat sunat hajat.

Kedua, saya berusaha sedaya upaya untuk berbuat yang terbaik kepada kedua orang tua dan guru saya. Atas sebab itulah misalnya, saya dikurniakan Allah akan guru yang tidak hanya memimpin saya dalam pengajian tetapi juga memimpin saya ke hospital sewaktu saya jatuh sakit.

Ketiga, saya berusaha sedaya upaya untuk sentiasa bermurah hati baik dari segi tenaga dan wang ringgit kerana di situlah antara punca kemurahan rezeki.

Keempat, saya memiliki perancangan pengajian yang sangat teliti. Bermula dari perancangan tahunan hinggalah kepada perancangan harian.

Kelima, tiada istilah ‘malu’ dalam kamus hidup saya setiap kali saya memerlukan tunjuk ajar daripada seseorang. Kelima-lima resepi inilah mudah-mudahan menjadi panduan kepada teman-teman siswazah sekalian bagi menggapai kejayaan yang lebih gemilang.


*jika kita yakin yang kita boleh dapat apa yang kita nak, InshaAllah, kita kan dapat..

Friday, February 28, 2014

Ya Rasullullah... Kami MerinduiMu (part 1)

Ketika sakit, Junjungan Mulia, Rasullullah s.a.w masih pada peringkat awal, Baginda s.a.w bersabda "Aku ingin mengunjungi syuhada perang Uhud".

       Baginda s.a.w pergi dengan berdiri di atas kubur mereka lalu berkata, "Asslamualaikum, wahai syuhada Perang Uhud. Kamu dadalah orang yang mendahului, dan kami InshaAllah akan mengikuti kamu". Dalam perjalanan pulang Baginda s.a.w menangis. Para sahabat bertanya, "Apakah yang membuat Tuan menangis, ya Rasullullah?"


      Baginda menjawab "Aku rindu kepada saudara-saudaraku".

      Para sahabat berkata, "Bukankah kami ini saudara-saudaramu, wahai Rasulullah?
      Baginda menjawab, "Bukan, kamu adalah sahabat-sahabatku. Saudara-saudaraku adalah orang yang datang selepas kewafatanku. Mereka beriman kepada risalahku walaupun tidak pernah melihatku."

      Tiga hari sebelum kewafatan Baginda s.a.w, sakit Baginda s.a.w semakin meruncing. ketika itu giliran Baginda s.a.w adalah di rumah isterinya Sayiditina Maimunah. Baginda bersabda, "Kumpulkan isteri-isteriku." Selepas semua berkumpul, Baginda s.a.w bertanya kepada mereka, "Adakah kamu mengizinkan aku melalui hari-hari terakhir di rumah Aisyah?". Mereka menjawab, "kami mengizinkanmu, wahai Rasulallah".

      Selepas itu, Baginda ingin berdiri, tetapi tidak mampu. Sayidina Ali k.w.j dan Sayidina Fadhl bin Abbas memapah Baginda membawa ke rumah Sayiditina Aishah. Itulah kali pertama para sahabat melihat keadaan baginda dipapah sehingga menimbulkan pertanyaan, "Apa yang terjadi kepada Rasulallah?"
................


     


Wednesday, February 19, 2014

Pening



Semester 4, hambik kau...
the most master subject that are compulsory must be taken...
Islamic konsep,.. kadang2 nak fahamkan amik 2-3 jam,..
seriously, supaya no doubt dalam hati,.. arghhh,..
tolong buka jalan ya Rabb..

XoXo:)

Friday, February 14, 2014

Pendapat mengenai ASB

Ini adalah salah satu topik yang paling hot. Daripada aku zaman diploma sampai sekarang. Actually, this is my latest task given by Dr. Sadad to us. Sekarang nie, kalau nak kemukakan hujah atau pendapat mestilah berserta sokongan hujah seperti potongan daripada ayat al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qiyas. Fuhhh, nie first time aku nak kaitkan dunia realiti comply dengan ape yang aku belajar. Tapi, itu adalah kebenaran untuk memberi pendapat atau berdebat dengan percanggahan pendapat.

Bismillahhirrahmanirrahim...

Mengenai hukum pelaburan di ASB ini, terlalu banyak pendapat dan hukum yang diterbitkan oleh pihak yang sepatutnya seperti Majlis Shariah Suruhanjaya Sekuriti, Shariah Council and Majlis Agama Islam Selangor. Ok, sekarang pendapat berbeza dan wujudlah perkara yang ragu-ragu(syubhah) dimana setengah pihak A cakap haram, tidak halal dan pihak B cakap halal, dan pihak C cakap harus. Regarding all statements we can conclude that 'setiap perkara yang mengandungi syubhah mestilah di jauhi dan di elakkan'. bergantung pada keyakinan individu yang melabur sama ada individu tersebut yakin perkara itu syubhah, maka wajib bagi dia untuk mengelak dan menjauhi pelaburan ASB. Jika individu tersebut yakin bahawa pelaburan di ASB tidak syubhah(ragu-ragu) maka dia boleh meneruskan pelaburan tersebut. Ini kerana, sistem di Malaysia juga berbeza pendapat mengenai hukum pelaburan di ASB ini. Sedangkan Majlis Shariah ASB menyatakan pelaburan mereka adalah halal, sedangkan masih ramai pihak yang kontra dengan pendapat tersebut.

Pendapat aku mengenai pelaburan di ASB setelah membaca Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan dan meneliti tulisan mereka hukum melabur di ASB adalah harus.
Berikut adalah keterangan hujah mengapa pengeluaran hukum adalah Harus.

Hifz al-mal merupakan salah satu masalah daruriyah yang perlu diberi perhatian serius oleh pemerintah. Soal kekukuhan ekonomi umat adalah merupakan salah satu faktor penting kepada penerusan kemajuan umat Islam. Islam menegah umatnya menjerumuskan diri dalam kemudharatan dan kefakiran yang boleh menggugat kekuatan ummah.

Setiap hukum yang diputuskan perlu memenuhi tuntutan keadilan, maslahah dan menghindar daripada kerosakan dan keruntuhan yang lebih besar. Dalam hal ini, Maybank adalah satu institusi perbankan Islam terbesar di Asia Pasifik. Sekiranya PNB melepaskan pegangan dalam Maybank, ia bukan hanya akan meruntuhkan ekonomi pemegang saham yang majoriti adalah orang Melayu Islam, bahkan ia juga akan memberi kesan besar kepada situasi ekonomi negara dan banyak organisasi berkaitan orang Islam. Begitu juga peluang pekerjaan yang melibatkan 16,531 kakitangan Bumiputera Islam juga akan turut terjejas

Dalam menentukan hujah keharusan Islam dalam pelaburan ASN dan ASB ini, adalah tidak tepat hujah bersandarkan maslahah ummah ditafsirkan sebagai mengenepikan prinsip-prinsip Islam kerana maslahah juga adalah prinsip Islam yang perlu dipegang dalam penentuan sesuatu hukum.

Prinsip pensyariatan Islam yang telah digariskan iaitu kewajipan menjaga lima(5) perkara iaitu agama, nyawa, akal, zuriat dan keturunan serta harta benda perlu dipertahankan kerana ia menjadi tunjang kehidupan seluruh umat Islam. Sekiranya terjejas salah satu daripada perkara ini, maka umat Islam akan ditimpa kehinaan yang akan menjejaskan agama dan kehidupan. Dalam hal ini, hukum ke atas pelaburan ASN dan ASB tidak boleh dilihat dari aspek tertentu sahaja, tetapi perlu mengambilkira semua kesan yang akan dihadapi oleh agama dan umat Islam.

Dalam isu pelaburan yang bercampur antara halal dan haram, telah jelas bahawa PNB tidak melabur dalam sektor yang berkaitan dengan arak dan judi. Percampuran hanya berlaku dalam sektor kewangan di mana 70% pelaburan menepati syariah, hanya 30% sahaja pelaburan dalam Maybank yang dianggap masih tidak comply dengan syariah. Dalam keadaan ini, pelaburan dalam sektor yang halal lebih banyak daripada yang haram. Menurut sebahagian besar fuqaha’ iaitu Hanafi, Maliki, Shafi‘i dan Hanbali, pendekatan untuk mengharuskan masyarakat Islam melabur dalam saham syarikat yang bercampur aktiviti halal dan haram adalah berasas. Ini kerana fuqaha’ muktabar tidak mengharamkan syarikat sedemikian ketika menilai status syarikat yang dikongsi oleh orang Islam dan bukan Islam.

PNB telah melaksanakan perubahan yang terbaik khususnya dalam aspek pelaburan bagi membolehkan penguasaan umat Islam. Dalam hal ini, maslahah umat Islam adalah penting dan kemudharatan yang lebih besar perlu dielakkan.

Aku setuju dengan pendapat Majlis Fatwa Kebangsaan sebab kita kena tengok keperluan penduduk di Malaysia yang sebahagiannya adalah daripada golongan sederhana, tidak terlalu miskin dan tidak terlalu kaya. Walaupun sebenarnya, ramai jugak yang kaya but almost moderate people. Bayangkan kalau depa nie melabur di Public Mutual yang orang ramai duk suggest tu, depa tau tak yang Pulic Mutual nie kena fixed 3 tahun deposit baru boleh keluarkan dividen. Lagipun, walaupun Public Mutual nie da comply ngan shariah tapi depa tau tak sape owner Public Bank? Non-Muslim jugak wei. ha??? dah tu gane plak. Tetibe aku dapat rasakan penulisan aku da x formal. haha. Bukan emo, tapi bile fikir balik kesian la yang moderate peolpe nie nak labuq 3tahun baru bleh amik duit. Andaikata, berlaku perkara darurat atau emergency, dorang nak pakai duit dalam tempoh sebelum tiga tahun tersebut macammana? sedangkan Maqasid Shariah suruh kita menjaga Agama, Nyawa, Keturunan, Akal dan Harta.

Segala pendapat second last paraghraph di atas adalah dari hasil pemikiran aku sendiri nor valid but open opinion.


Wallahualam..

Thursday, February 13, 2014

Adab Berguru I

Assalamualaikum… Salam sejahtera ke atas kamu wahai muslim,..

Pejam celik pejam celik im entering in semester 4 already, I’m just wonder that I am new here. Universiti Sultan Zainal Abidin. Just niceJ Orang lain datang awal. Aku seminggu lepas tu baru nampak muka. Tak apa lah, bukan selalu pun nak buat perangai. Huhu

Alhamdulillah, semester nie dapat lecturer yang best2, consist of doctor circle beb. Cuma ada sorang miss je bukan depan pangkal nama dia doctor. By the way, she is pretty beautiful. Rupanya cara bercakap pun kita boleh identify orang nie berilmu atau tidak.

Dr. Adzrin tell us that jangan pernah kita angkuh dan sombong bila berilmu atau lagi tinggi pangkatnya dari orang lain. Biar pandai dan berakhlak sebab kita nie manusia dan hamba yang sangat kerdil. Untuk apa kita angkuh? Untuk apa kita kaya? Untuk apa kita menuntut ilmu? Dan untuk apa kita hidup dan apa tujuannya?

Kita hidup untuk mencari redha Allah, dimana apabila kita dapat mencapai redha Allah, maka kita akan berjaya di dunia dan di akhirat. Amin. Dan bagaimana kita hendak mencapai redha Allah? Adalah dengan melakukan segala suruhannya dan meninggalkan laranganNya.

Ilmu Allah terlalu luas. Kalau kita duk fikir kita nie pandai. Eh, aku da dapat degree Islamic Finance. Hebatnya!!! wah!!! Sedar lah. Yang kita hanya belajar sedikit dan teramat sikit darpada Ilmu Allah yang sebenarnya. Sesuai dengan firman Allah S.W.T dalam surah Al-Kahfi ayat 109 yang bermaksud : Katakanlah (Muhammad): Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhanku, sesungguhnya habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimah-kalimah Tuhanku, mesipun kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula). Saya suka sangat firman nie sebab bila kita faham maksudnya, kita akan rasa kerdilnya kita dan betapa luasnya ilmu Allah. Astaghfrullah.. kerdilnya manusia.. jadi mengapa harus sombong?

Saya selalu ingatkan kepada diri sendiri supaya jangan meninggi diri, jangan bangga dengan apa kelebihan yang ada sebab itu pun adalah salah satu ujian Allah.

Tapi best la,.. serius, sebab sem nie lecturer yang masuk memang mengajar major course yang saya amik, tapi sebelum, semasa dan selepas lecture tu mesti dorang bagi tazkirah, ingatkan sirah nabi dan ibrah yang patut saya dan kawan-kawan ambil daripada cerita tersebut. Alhamdulillah semua nie saya dapat di UniSZA kalau mungkin saya x berpelung untuk mendapat ilmu ini. Dunia dapat, akhirat pun dapat. InshaAllah.

Harapan saya semester nie adalah dapat belajar dan menjawab dengan baik.


Wallahualam..