Friday, February 28, 2014

Ya Rasullullah... Kami MerinduiMu (part 1)

Ketika sakit, Junjungan Mulia, Rasullullah s.a.w masih pada peringkat awal, Baginda s.a.w bersabda "Aku ingin mengunjungi syuhada perang Uhud".

       Baginda s.a.w pergi dengan berdiri di atas kubur mereka lalu berkata, "Asslamualaikum, wahai syuhada Perang Uhud. Kamu dadalah orang yang mendahului, dan kami InshaAllah akan mengikuti kamu". Dalam perjalanan pulang Baginda s.a.w menangis. Para sahabat bertanya, "Apakah yang membuat Tuan menangis, ya Rasullullah?"


      Baginda menjawab "Aku rindu kepada saudara-saudaraku".

      Para sahabat berkata, "Bukankah kami ini saudara-saudaramu, wahai Rasulullah?
      Baginda menjawab, "Bukan, kamu adalah sahabat-sahabatku. Saudara-saudaraku adalah orang yang datang selepas kewafatanku. Mereka beriman kepada risalahku walaupun tidak pernah melihatku."

      Tiga hari sebelum kewafatan Baginda s.a.w, sakit Baginda s.a.w semakin meruncing. ketika itu giliran Baginda s.a.w adalah di rumah isterinya Sayiditina Maimunah. Baginda bersabda, "Kumpulkan isteri-isteriku." Selepas semua berkumpul, Baginda s.a.w bertanya kepada mereka, "Adakah kamu mengizinkan aku melalui hari-hari terakhir di rumah Aisyah?". Mereka menjawab, "kami mengizinkanmu, wahai Rasulallah".

      Selepas itu, Baginda ingin berdiri, tetapi tidak mampu. Sayidina Ali k.w.j dan Sayidina Fadhl bin Abbas memapah Baginda membawa ke rumah Sayiditina Aishah. Itulah kali pertama para sahabat melihat keadaan baginda dipapah sehingga menimbulkan pertanyaan, "Apa yang terjadi kepada Rasulallah?"
................


     


No comments:

Post a Comment