Assalamualaikum…
Salam sejahtera ke atas kamu wahai muslim,..
Pejam celik
pejam celik im entering in semester 4 already, I’m just wonder that I am new
here. Universiti Sultan Zainal Abidin. Just niceJ Orang lain datang awal. Aku seminggu
lepas tu baru nampak muka. Tak apa lah, bukan selalu pun nak buat perangai. Huhu
Alhamdulillah,
semester nie dapat lecturer yang best2, consist of doctor circle beb. Cuma ada
sorang miss je bukan depan pangkal nama dia doctor. By the way, she is pretty
beautiful. Rupanya cara bercakap pun kita boleh identify orang nie berilmu atau
tidak.
Dr. Adzrin
tell us that jangan pernah kita angkuh dan sombong bila berilmu atau lagi
tinggi pangkatnya dari orang lain. Biar pandai dan berakhlak sebab kita nie
manusia dan hamba yang sangat kerdil. Untuk apa kita angkuh? Untuk apa kita
kaya? Untuk apa kita menuntut ilmu? Dan untuk apa kita hidup dan apa tujuannya?
Kita hidup
untuk mencari redha Allah, dimana apabila kita dapat mencapai redha Allah, maka
kita akan berjaya di dunia dan di akhirat. Amin. Dan bagaimana kita hendak
mencapai redha Allah? Adalah dengan melakukan segala suruhannya dan
meninggalkan laranganNya.
Ilmu Allah
terlalu luas. Kalau kita duk fikir kita nie pandai. Eh, aku da dapat degree
Islamic Finance. Hebatnya!!! wah!!! Sedar lah. Yang kita hanya belajar sedikit
dan teramat sikit darpada Ilmu Allah yang sebenarnya. Sesuai dengan firman
Allah S.W.T dalam surah Al-Kahfi ayat 109 yang bermaksud : Katakanlah
(Muhammad): Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah
Tuhanku, sesungguhnya habislah lautan itu sebelum habis (ditulis)
kalimah-kalimah Tuhanku, mesipun kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula).
Saya suka sangat firman nie sebab bila kita faham maksudnya, kita akan rasa
kerdilnya kita dan betapa luasnya ilmu Allah. Astaghfrullah.. kerdilnya
manusia.. jadi mengapa harus sombong?
Saya selalu
ingatkan kepada diri sendiri supaya jangan meninggi diri, jangan bangga dengan
apa kelebihan yang ada sebab itu pun adalah salah satu ujian Allah.
Tapi best
la,.. serius, sebab sem nie lecturer yang masuk memang mengajar major course
yang saya amik, tapi sebelum, semasa dan selepas lecture tu mesti dorang bagi
tazkirah, ingatkan sirah nabi dan ibrah yang patut saya dan kawan-kawan ambil
daripada cerita tersebut. Alhamdulillah semua nie saya dapat di UniSZA kalau
mungkin saya x berpelung untuk mendapat ilmu ini. Dunia dapat, akhirat pun
dapat. InshaAllah.
Harapan saya
semester nie adalah dapat belajar dan menjawab dengan baik.
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment