Friday, February 28, 2014

Ya Rasullullah... Kami MerinduiMu (part 1)

Ketika sakit, Junjungan Mulia, Rasullullah s.a.w masih pada peringkat awal, Baginda s.a.w bersabda "Aku ingin mengunjungi syuhada perang Uhud".

       Baginda s.a.w pergi dengan berdiri di atas kubur mereka lalu berkata, "Asslamualaikum, wahai syuhada Perang Uhud. Kamu dadalah orang yang mendahului, dan kami InshaAllah akan mengikuti kamu". Dalam perjalanan pulang Baginda s.a.w menangis. Para sahabat bertanya, "Apakah yang membuat Tuan menangis, ya Rasullullah?"


      Baginda menjawab "Aku rindu kepada saudara-saudaraku".

      Para sahabat berkata, "Bukankah kami ini saudara-saudaramu, wahai Rasulullah?
      Baginda menjawab, "Bukan, kamu adalah sahabat-sahabatku. Saudara-saudaraku adalah orang yang datang selepas kewafatanku. Mereka beriman kepada risalahku walaupun tidak pernah melihatku."

      Tiga hari sebelum kewafatan Baginda s.a.w, sakit Baginda s.a.w semakin meruncing. ketika itu giliran Baginda s.a.w adalah di rumah isterinya Sayiditina Maimunah. Baginda bersabda, "Kumpulkan isteri-isteriku." Selepas semua berkumpul, Baginda s.a.w bertanya kepada mereka, "Adakah kamu mengizinkan aku melalui hari-hari terakhir di rumah Aisyah?". Mereka menjawab, "kami mengizinkanmu, wahai Rasulallah".

      Selepas itu, Baginda ingin berdiri, tetapi tidak mampu. Sayidina Ali k.w.j dan Sayidina Fadhl bin Abbas memapah Baginda membawa ke rumah Sayiditina Aishah. Itulah kali pertama para sahabat melihat keadaan baginda dipapah sehingga menimbulkan pertanyaan, "Apa yang terjadi kepada Rasulallah?"
................


     


Wednesday, February 19, 2014

Pening



Semester 4, hambik kau...
the most master subject that are compulsory must be taken...
Islamic konsep,.. kadang2 nak fahamkan amik 2-3 jam,..
seriously, supaya no doubt dalam hati,.. arghhh,..
tolong buka jalan ya Rabb..

XoXo:)

Friday, February 14, 2014

Pendapat mengenai ASB

Ini adalah salah satu topik yang paling hot. Daripada aku zaman diploma sampai sekarang. Actually, this is my latest task given by Dr. Sadad to us. Sekarang nie, kalau nak kemukakan hujah atau pendapat mestilah berserta sokongan hujah seperti potongan daripada ayat al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qiyas. Fuhhh, nie first time aku nak kaitkan dunia realiti comply dengan ape yang aku belajar. Tapi, itu adalah kebenaran untuk memberi pendapat atau berdebat dengan percanggahan pendapat.

Bismillahhirrahmanirrahim...

Mengenai hukum pelaburan di ASB ini, terlalu banyak pendapat dan hukum yang diterbitkan oleh pihak yang sepatutnya seperti Majlis Shariah Suruhanjaya Sekuriti, Shariah Council and Majlis Agama Islam Selangor. Ok, sekarang pendapat berbeza dan wujudlah perkara yang ragu-ragu(syubhah) dimana setengah pihak A cakap haram, tidak halal dan pihak B cakap halal, dan pihak C cakap harus. Regarding all statements we can conclude that 'setiap perkara yang mengandungi syubhah mestilah di jauhi dan di elakkan'. bergantung pada keyakinan individu yang melabur sama ada individu tersebut yakin perkara itu syubhah, maka wajib bagi dia untuk mengelak dan menjauhi pelaburan ASB. Jika individu tersebut yakin bahawa pelaburan di ASB tidak syubhah(ragu-ragu) maka dia boleh meneruskan pelaburan tersebut. Ini kerana, sistem di Malaysia juga berbeza pendapat mengenai hukum pelaburan di ASB ini. Sedangkan Majlis Shariah ASB menyatakan pelaburan mereka adalah halal, sedangkan masih ramai pihak yang kontra dengan pendapat tersebut.

Pendapat aku mengenai pelaburan di ASB setelah membaca Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan dan meneliti tulisan mereka hukum melabur di ASB adalah harus.
Berikut adalah keterangan hujah mengapa pengeluaran hukum adalah Harus.

Hifz al-mal merupakan salah satu masalah daruriyah yang perlu diberi perhatian serius oleh pemerintah. Soal kekukuhan ekonomi umat adalah merupakan salah satu faktor penting kepada penerusan kemajuan umat Islam. Islam menegah umatnya menjerumuskan diri dalam kemudharatan dan kefakiran yang boleh menggugat kekuatan ummah.

Setiap hukum yang diputuskan perlu memenuhi tuntutan keadilan, maslahah dan menghindar daripada kerosakan dan keruntuhan yang lebih besar. Dalam hal ini, Maybank adalah satu institusi perbankan Islam terbesar di Asia Pasifik. Sekiranya PNB melepaskan pegangan dalam Maybank, ia bukan hanya akan meruntuhkan ekonomi pemegang saham yang majoriti adalah orang Melayu Islam, bahkan ia juga akan memberi kesan besar kepada situasi ekonomi negara dan banyak organisasi berkaitan orang Islam. Begitu juga peluang pekerjaan yang melibatkan 16,531 kakitangan Bumiputera Islam juga akan turut terjejas

Dalam menentukan hujah keharusan Islam dalam pelaburan ASN dan ASB ini, adalah tidak tepat hujah bersandarkan maslahah ummah ditafsirkan sebagai mengenepikan prinsip-prinsip Islam kerana maslahah juga adalah prinsip Islam yang perlu dipegang dalam penentuan sesuatu hukum.

Prinsip pensyariatan Islam yang telah digariskan iaitu kewajipan menjaga lima(5) perkara iaitu agama, nyawa, akal, zuriat dan keturunan serta harta benda perlu dipertahankan kerana ia menjadi tunjang kehidupan seluruh umat Islam. Sekiranya terjejas salah satu daripada perkara ini, maka umat Islam akan ditimpa kehinaan yang akan menjejaskan agama dan kehidupan. Dalam hal ini, hukum ke atas pelaburan ASN dan ASB tidak boleh dilihat dari aspek tertentu sahaja, tetapi perlu mengambilkira semua kesan yang akan dihadapi oleh agama dan umat Islam.

Dalam isu pelaburan yang bercampur antara halal dan haram, telah jelas bahawa PNB tidak melabur dalam sektor yang berkaitan dengan arak dan judi. Percampuran hanya berlaku dalam sektor kewangan di mana 70% pelaburan menepati syariah, hanya 30% sahaja pelaburan dalam Maybank yang dianggap masih tidak comply dengan syariah. Dalam keadaan ini, pelaburan dalam sektor yang halal lebih banyak daripada yang haram. Menurut sebahagian besar fuqaha’ iaitu Hanafi, Maliki, Shafi‘i dan Hanbali, pendekatan untuk mengharuskan masyarakat Islam melabur dalam saham syarikat yang bercampur aktiviti halal dan haram adalah berasas. Ini kerana fuqaha’ muktabar tidak mengharamkan syarikat sedemikian ketika menilai status syarikat yang dikongsi oleh orang Islam dan bukan Islam.

PNB telah melaksanakan perubahan yang terbaik khususnya dalam aspek pelaburan bagi membolehkan penguasaan umat Islam. Dalam hal ini, maslahah umat Islam adalah penting dan kemudharatan yang lebih besar perlu dielakkan.

Aku setuju dengan pendapat Majlis Fatwa Kebangsaan sebab kita kena tengok keperluan penduduk di Malaysia yang sebahagiannya adalah daripada golongan sederhana, tidak terlalu miskin dan tidak terlalu kaya. Walaupun sebenarnya, ramai jugak yang kaya but almost moderate people. Bayangkan kalau depa nie melabur di Public Mutual yang orang ramai duk suggest tu, depa tau tak yang Pulic Mutual nie kena fixed 3 tahun deposit baru boleh keluarkan dividen. Lagipun, walaupun Public Mutual nie da comply ngan shariah tapi depa tau tak sape owner Public Bank? Non-Muslim jugak wei. ha??? dah tu gane plak. Tetibe aku dapat rasakan penulisan aku da x formal. haha. Bukan emo, tapi bile fikir balik kesian la yang moderate peolpe nie nak labuq 3tahun baru bleh amik duit. Andaikata, berlaku perkara darurat atau emergency, dorang nak pakai duit dalam tempoh sebelum tiga tahun tersebut macammana? sedangkan Maqasid Shariah suruh kita menjaga Agama, Nyawa, Keturunan, Akal dan Harta.

Segala pendapat second last paraghraph di atas adalah dari hasil pemikiran aku sendiri nor valid but open opinion.


Wallahualam..

Thursday, February 13, 2014

Adab Berguru I

Assalamualaikum… Salam sejahtera ke atas kamu wahai muslim,..

Pejam celik pejam celik im entering in semester 4 already, I’m just wonder that I am new here. Universiti Sultan Zainal Abidin. Just niceJ Orang lain datang awal. Aku seminggu lepas tu baru nampak muka. Tak apa lah, bukan selalu pun nak buat perangai. Huhu

Alhamdulillah, semester nie dapat lecturer yang best2, consist of doctor circle beb. Cuma ada sorang miss je bukan depan pangkal nama dia doctor. By the way, she is pretty beautiful. Rupanya cara bercakap pun kita boleh identify orang nie berilmu atau tidak.

Dr. Adzrin tell us that jangan pernah kita angkuh dan sombong bila berilmu atau lagi tinggi pangkatnya dari orang lain. Biar pandai dan berakhlak sebab kita nie manusia dan hamba yang sangat kerdil. Untuk apa kita angkuh? Untuk apa kita kaya? Untuk apa kita menuntut ilmu? Dan untuk apa kita hidup dan apa tujuannya?

Kita hidup untuk mencari redha Allah, dimana apabila kita dapat mencapai redha Allah, maka kita akan berjaya di dunia dan di akhirat. Amin. Dan bagaimana kita hendak mencapai redha Allah? Adalah dengan melakukan segala suruhannya dan meninggalkan laranganNya.

Ilmu Allah terlalu luas. Kalau kita duk fikir kita nie pandai. Eh, aku da dapat degree Islamic Finance. Hebatnya!!! wah!!! Sedar lah. Yang kita hanya belajar sedikit dan teramat sikit darpada Ilmu Allah yang sebenarnya. Sesuai dengan firman Allah S.W.T dalam surah Al-Kahfi ayat 109 yang bermaksud : Katakanlah (Muhammad): Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhanku, sesungguhnya habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimah-kalimah Tuhanku, mesipun kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula). Saya suka sangat firman nie sebab bila kita faham maksudnya, kita akan rasa kerdilnya kita dan betapa luasnya ilmu Allah. Astaghfrullah.. kerdilnya manusia.. jadi mengapa harus sombong?

Saya selalu ingatkan kepada diri sendiri supaya jangan meninggi diri, jangan bangga dengan apa kelebihan yang ada sebab itu pun adalah salah satu ujian Allah.

Tapi best la,.. serius, sebab sem nie lecturer yang masuk memang mengajar major course yang saya amik, tapi sebelum, semasa dan selepas lecture tu mesti dorang bagi tazkirah, ingatkan sirah nabi dan ibrah yang patut saya dan kawan-kawan ambil daripada cerita tersebut. Alhamdulillah semua nie saya dapat di UniSZA kalau mungkin saya x berpelung untuk mendapat ilmu ini. Dunia dapat, akhirat pun dapat. InshaAllah.

Harapan saya semester nie adalah dapat belajar dan menjawab dengan baik.


Wallahualam..