Sabar, tak semudah kata-kata. Secara subjektif adalah perkataan pendek yang biasa namun dari segi istilah mempunyai segunung maksud. Bombastik sangat ayat haku. huhu.
Bukan mudah nak jadi seorang yang penyabar. Haruslah mempunyai kekuatan fizikal, mental dan spiritual. Contoh yang paling jauh adalah bukan orang seperti aku agaknya. Kalau marah aku diam, tapi susah la nak diam saja face impression tu mesti wujud. I hate You. Boleh tak kalau marah jangan nak buat muka ida. Sebab perkara yang kau buat tu membuatkan hati banyak orang terasa.
Sabar........
Banyak hikmah kalau kita sabar. Argggh, mesti orang ramai akan cakap ' Kau cakap senang la, tapi yang nak menghadapinya aku'. Owhhh, macam kau sorang la yang ada masalah paling teruk kat dunia alam maya nie. Kau sorang la yang paling susah dalam dunia nie. Tak pernah pulak aku nampak kau merempat cari sedekah nak hidup. Hambik kau, bahasa.. Biarkan!!!
Banyak sangat hikmah menjadi orang yang sabar nie. Terlalu banyak. Cuma ingat, Janji Allah itu Pasti bagi orang yang Sabar. InshaAllah.
Aku jugak nak ingatkan diri ini supaya jangan beremosi dalam membuat keputusan. Orang yang sabar sahaja akan berjaya melaksanakannya.
Terima Kasih.

No comments:
Post a Comment